“Kenapa orang jahat buat dekat daddy? Apa saya mahu jawab kepada anak saya?” – Faisal Halim

Entertainment
31 Dec 2024 • 4:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Insiden yang menimpa pemain kebangsaan, Faisal Halim sekitar Mei lalu telah menggemparkan seluruh Malaysia apabila dia menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak berhati perut.

Walaupun sudah beberapa bulan tragedi hitam itu berlaku, pemain sayap Selangor FC itu menyimpan harapan untuk kembali menyarung jersi kebangsaan, meskipun sulit baginya mendapatkan semula rentak permainan asal.

Faisal Halim atau lebih mesra dengan panggilan Miki mendedahkan bahawa dia kini terpaksa menggunakan lebih banyak usaha untuk melakukan pergerakan, terutama semasa di padang, lapor Stadium Astro.

image is not available

“Angkat tangan, bergerak mahupun berlari sangat susah bagi saya. Lebih-lebih lagi ketika sedang bermain bola sepak.

“Saya perlu mempelajari gerakan baru supaya dapat mengelak daripada kecederaan di tempat sama.

“Sudah tentu keadaan berbeza. Dalam keadaan sekarang, saya rasa seperti tidak normal berbanding pemain lain.

“Saya perlu biasakan dan terima dengan keadaan terkini. Tangan, badan dan parut saya,” katanya.

Pada masa yang sama, Miki tidak dapat menyembunyikan rasa sebak setiap kali anaknya bertanya mengenai insiden pahit yang pernah dialaminya. Malah, dia turut meluahkan rasa sebak berdepan anaknya.

Daddy, kenapa orang jahat buat dekat daddy? Apa saya mahu jawab kepada anak saya?” luahnya.

Untuk info, perkembangan terbaharu kes ini pada sekitar November lalu, yang mana kesnya dimaklumkan telah diambil alih oleh pasukan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.