‘Kenapa Orang Masih Buat Ketupat Masa Raya’, Persoalan Lelaki Ini Raih Perhatian Netizen

24 Apr 2023 • 11:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Ketupat ni, rasa dia bukan ada apa sangat”

‘Kenapa Orang Masih Buat Ketupat Masa Raya‘, Persoalan Lelaki Ini Raih Perhatian Netizen. Ketupat, siapa yang tak kenal? Hidangan tradisi Melayu yang wajib ada pada setiap perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Namun, ada seorang lelaki yang hairan kenapa orang Melayu suka masak ketupat setiap kali hari raya. Katanya, buat nasi impit lagi senang. Tapi jangan risau, persoalannya terjawab dengan beberapa jawapan yang menarik.

image is not available
‘Kenapa Orang Masih Buat Ketupat Masa Raya’, Persoalan Lelaki Ini Raih Perhatian Netizen. Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Kamarul Ariffin Nor Sadan memberi beberapa jawapan kepada persoalan itu menerusi perkongsiannya di Facebook.

Ini jawapan daripada lelaki tersebut

Menurutnya, rasa ketupat yang sedap terletak pada momen semasa persiapan dan penyediaannya. Semasa membuat ketupat, keluarga dan saudara-mara berkumpul untuk mencari daun kelapa yang sesuai, menganyam ketupat, dan memasukkan beras ke dalam kelongsong ketupat.

image is not available

Ketika proses ini berlangsung, ramai yang bersembang-sembang, bercerita, dan bergurau senda. Bagi mereka, inilah saat-saat yang membawa keceriaan dan kegembiraan.

Ramai boleh ‘relate’ dengan situasi semasa penyediaan ketupat ini

Bahkan, ketupat kini menjadi satu tradisi yang tidak boleh dipisahkan dari budaya Melayu. Ia menjadi satu simbolik perpaduan dan keterikatan antara ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Ia momen yang mengeratkan semua orang dalam rumah berkenaan. Proses buat ketupat tu lama dan sukar, tapi ia dipenuhi kemanisan, kemesraan dan kebersamaan sesebuah keluarga”.

image is not available

“Pendek kata, ia sebuah hidangan yang menjiwai semangat sambutan Hari Raya. Begitu juga dengan rendang, lemang, kuih raya dan sebagainya. Setiap hidangan ni ada jiwa dan maknanya”.

“Kerana yang sukar dan ambil masa lama itulah menjadikan beras yang direbus dalam kelongsong anyaman daun kelapa itu terasa sedap. Setiap suapan, adalah penzahiran momen indah berkeluarga”

Kenapa orang Melayu suka masak ketupat setiap kali hari raya? Jawapannya sangat mudah. Ketupat membawa memori dan kenangan indah semasa persiapan dan penyediaannya.

Ia juga menjadi simbolik ‘perpaduan’ setiap kali hari raya. Walaupun nasi impit lebih mudah disediakan, tetapi keunikan dan keindahan ketupat tidak dapat dinafikan.

Baca lagi artikel menarik: