“Kenapa orang ramai mula mempertikaikan perjuangan Sumud Flotilla 2.0?” – Caprice

LocalPolitics
8 Apr 2026 • 5:23 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan aktivis sosial, Caprice mempersoalkan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang menjadikan misi kemanusiaan Sumud Flotilla sebagai isu negatif di media sosial.

Menerusi perkongsian dimuat naik di Threads, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meminta pandangan orang ramai berhubung kritikan yang semakin memuncak terhadap Sumud Flotilla 2.0 yang kini hangat diperkatakan netizen.

Menurutnya, umat Islam tidak seharusnya mempertikaikan usaha pemasaran atau promosi yang bertujuan mengangkat suara serta membantu rakyat Palestin yang terus berdepan penderitaan.

Beliau turut mempersoalkan punca timbulnya terlalu banyak pandangan negatif terhadap misi kemanusiaan tersebut.

Katanya, tiada salahnya sekiranya usaha promosi dilakukan demi menarik perhatian masyarakat dunia terhadap nasib rakyat Palestin.

“Boleh tak sesiapa terangkan mengapa terlalu banyak negativiti terhadap Sumud 2.0.

“Ini pendapat peribadi saya, kalau propa sekali pun apa salahnya. Apa salah umat Islam buat promosi atau pemasaran demi Palestin,” katanya.

Caprice juga mempersoalkan mengapa ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang mula mempertikaikan perjuangan Sumud Flotilla.

Terdahulu, kenyataan peserta Global Sumud Flotilla (GSF) itu mencetuskan pelbagai reaksi selepas beliau mempertahankan pelakon Nadzmi Adhwa yang memberi kebenaran kepada isterinya, Ardell Aryana untuk menyertai misi Sumud Flotilla 2.0.

Perkongsian tersebut terus mengundang perbincangan dalam kalangan netizen mengenai sokongan terhadap misi kemanusiaan berkenaan. -MYBERITA