‘Kenapa orang selalu fikir kahwin, hari-hari tengok muka bosan juga’ – Fathia Latiff

EntertainmentLifestyle
6 Nov 2025 • 10:01 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Fathia Latiff menjadi perhatian warganet apabila mempersoalkan keperluan mendirikan rumah tangga merupakan perkara yang ditekankan secara berlebihan.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff menjelaskan perkara itu tidaklah wajib dilakukan namun ramai yang tidak sabar untuk melaksanakannya.

Kahwin bukan perkara wajib?

image is not available

“Kenapa orang selalu fikir tentang kahwin, kahwin kan tak wajib,” ciapan Fathia, semalam

Dalam pada itu, dia menegaskan untuk tidak berkahwin secara terburu-buru dan memilih pasangan yang terbaik supaya tidak menyesal di kemudian hari.

“Nanti kalau salah pilih pasangan bercerai juga atau menderita sepanjang hidup. Hari-hari tengok muka pun bosan juga,” jelasnya.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet bersetuju dengan pendapat aktres jelita itu di mana soal kahwin bukan perkara yang mudah dan melibatkan masa depan seseorang.

Malah ada juga yang menyelar kenyataan Fathia kerana dianggap tidak memahami maksud sebenar mendirikan rumah tangga yang mempunyai banyak kelebihannya.

Kahwin bukan wajib image is not available

Fitrah manusia berpasangan

image is not available

Terdahulu, pelakon Ariana Rose itu pernah berkongsi pendapat berhubung perihal jodoh dengan menyatakan akur untuk tidak menikah selamanya sekiranya lelaki yang hadir tidak memenuhi kriteria yang diinginkan.

Bagaimanapun, tidak menolak untuk menjalinkan hubungan istimewa sekiranya terdapat individu yang memenuhi ciri-ciri pasangan hidup yang sesuai dengan keinginannya.

Sumber: Threads fatiyalatiff

View Original Article