‘Kenapa perlu pertikaikan kemenangan atlet dari China, kenapa tidak persoalkan atlet dari Barat?’

6 Aug 2024 • 4:53 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Atlet renang dari China Pan Zhanle dan Zhang Yufei memimpin China meraih 12 pingat Olimpik di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan kemenangan dua emas, tiga perak dan tujuh gangsa.

Namun, disebalik kemenangan tersebut tersembunyi satu keperitan yang ditanggung oleh atlet untuk berjaya ke tahap itu.

Ini berikutan tekanan yang diberikan oleh Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) berikutan kes pencemaran sampel 23 atlet renang China pada Sukan Olimpik Tokyo.

Walaupun telah dibuktikan ianya berpunca daripada pencemaran makanan dan perkara itu telah disahkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) namun pihak berkuasa anti-doping AS tidak berpuas hati dengan keputusan dan menuduh WADA menutup fakta kes dan skandal itu membayangi persiapan mereka.

Menerusi satu temu bual, Zhang Yufei mempersoalkan tindakan media Barat yang tidak pernah mempertikaikan atlet Barat lain seperti Phelps dan Ledecky apabila mereka berjaya tetapi sebaliknya atlet China yang memenagi pingat terus dipersoalkan.

Katanya lagi, beberapa ujian telah dijalankan dan sudah terbukti mereka bebas daripada penyalahgunaan barang terlarang. Jelasnya, jika masih tidak percaya, tidak ada guna lagi China memberikan penjelasan.

Dia turut meminta mana-mana yang meragui untuk melihat butiran kes berkenaan.

“Setiap seorang daripada kami diuji 20 hingga 30 kali dalam tempoh dua bulan, tiga hingga empat kali seminggu secara purata,” katanya, sambil menambah tiada yang positif.