![Image from: Kenapa Perlu Tunggu 7 Jam Sebelum Nak Masak Daging Korban? Ini Penjelasan Ustaz Syamsul Debat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/kenapa-kena-masak-daging-korban-lepas-tujuh-jam-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali menerima daging korban, mungkin perkara pertama yang anda akan terfikir adalah nak masak lauk apa? Tetapi ramai juga yang tidak sedar sebenarnya mereka perlu menunggu beberapa tempoh jam sebelum memasaknya.
Mungkin ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak tahu tentang perkara ini, dan terus memasak daging yang diterima. Lagi sedap dimasak waktu daging masih ‘segar’ katanya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ditanya Tentang Ibadah Korban Oleh ‘Mat Salleh’, Jawapan UAI Terima Pujian Ramai
Ustaz Syamsul Debat Kongsi Tempoh Masa Yang Diperlukan Sebelum Boleh Masak Daging Korban
Sebelum ini, penceramah dan pendakwah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat menerusi satu hantaran video di laman TikTok ada mengulas tentang waktu yang paling tepat untuk memasak daging korban.
Jelasnya, ramai yang teruja apabila mendapat daging korban yang segar, dan terus mahu memasaknya. Namun langkah itu adalah kurang tepat.
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Berhutang Untuk Buat Ibadah korban? Ini Penjelasannya
Langkah Betul Yang Perlu Dilakukan Selepas Terima Daging Korban
Langkah-langkah betul yang perlu dilakukan selepas mendapat daging yang baru disembelih adalah:
- Cuci daging diterima dengan bersih
- Letakkan daging di dalam bekas tertutup
- Simpan bekas itu di dalam ruangan chiller (penyejuk) di peti sejuk, bukannya bahagian beku
Tunggu Hingga 7 Jam Baru Darah Daging Keluar Sepenuhnya
Selepas itu, tunggu hingga tujuh (7) jam selepas daging tersebut disimpan dalam chiller. Menurut Ustaz Syamsul, waktu itulah sisa darah pada daging akan keluar sepenuhnya.
Kemudian selepas itu, cuci daging sekali lagi barulah ia sedia untuk dimasak.
![Image from: Kenapa Perlu Tunggu 7 Jam Sebelum Nak Masak Daging Korban? Ini Penjelasan Ustaz Syamsul Debat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/FI-BuzzKini-2-1.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: 7 Tips Berkesan Untuk Lembutkan Daging Merah
Masak Daging Selepas 7 Jam Disembelih Adalah Menurut Kajian JHEAINS & Veterinar
Tambah pendakwah itu, langkah ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan juga veterinar.
Itulah yang terbaik mengikut kajian yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan juga veterinar. Masalah kita, kalau dapat (daging korban) terus nak masak cepat, ‘fresh ni, daging fresh tu terbaik’ dia kata. Kita tak sedar dalam (daging) tu darah tak habis keluar lagi.
Ustaz Syamsul Debat
@syamsuldebatofficial DAGING 7 JAM? “Assalamualaikum semua Jangan lupa ya, ini hanyalah sedutan ringkas daripada ceramah penuh. Untuk tonton versi penuh, jom singgah ke Channel YouTube rasmi SD Syamsul Debat TV. Selamat menonton, semoga bermanfaat dan diberkati selalu ” #fypppppppppppppp #fyp #syamsuldebat #foryoupage ♬ original sound – Syamsuldebat
Tonton video penuh [DI SINI].
Darah Adalah Najis Yang Haram Dimakan
Tegas beliau, menurut Islam, darah dikategorikan sebagai najis dan hukum makan najis adalah haram dan dilarang syarak.
Pengambilan daging yang masih mempunyai sisa darah juga berkemungkinan menyebabkan seseorang mengalami pelbagai jenis penyakit.
“Ada pula daging yang saraf bergerak-gerak lagi, bergetar lagi (pergi) makan. Itu yang (seseorang) jalan tu duk menggeletar. Hah tapi tak adalah, kalau nampak orang menggigil kan mesti dituduh ‘hah tu mesti makan daging hidup tu’.
“Tidak, maksud saya tu tadi menurut kajian veterinar, tunggu tujuh jam baru elok. Lepas tu cuci lagi, bersih dah. Itu yang terbaik, lepas tujuh jam,” ulangnya di akhir perkongsian.
Baca Artikel Berkaitan: Rasa Liat Selepas Dimasak, Rupanya Ini Sebab Daging Korban Tak Sesuai Dibuat Steak
Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Dalil Haram Makan Haiwan Korban Kerana Kasihan” – PU Azman
Baca Artikel Berkaitan: “Sebaknya Hati” – Wanita Dakwa 20KG Daging Korban Dibuang Di Pelupusan Sampah [Video]
