“Kenapa Perlu Wujud Naratif Salahkan Keluarga Mangsa” – Pak Cik Saudara Adik Haira Bersuara Mengenai Dakwaan NGO Pencintan Haiwan

10 Sep 2026 • 12:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Keluarga kanak-kanak berusia dua tahun, Nur Haira Watikah yang parah selepas diserang lima ekor anjing liar di Peserai, Batu Pahat, tampil menafikan dakwaan bahawa mereka merupakan pemilik anjing terbabit.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang ahli keluarga, Shahrizal Mohd Hanafi, menegaskan anjing berkenaan merupakan anjing pemburu yang dilahirkan di kawasan semak kebun dan dibiarkan hidup seperti haiwan liar lain.

Advertisement

bapa saudara

“Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini, sekali lagi saya tegaskan anjing tersebut adalah zuriat anjing pemburu.”

Beliau turut mempersoalkan dakwaan yang mengaitkan keluarga mangsa dengan pemilikan anjing berkenaan hanya kerana haiwan itu dibiarkan hidup di kawasan tersebut.

Pada masa sama, Shahrizal meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau tuduhan terhadap keluarga Nur Haira yang kini sedang melalui detik sukar.

“Saya memohon sangat-sangat hormatilah adik Haira yang sedang bertarung nyawa di ICU & jaga perasaan Abi & Umi adik Haira. Hentikan spekulasi & tuduhan tak berasas.”

Dalam perkongsian lain, Shahrizal turut meluahkan rasa kesal selepas ada pihak mendakwa Nur Haira sengaja memprovokasi anjing sebelum kejadian.

“Sampai hati orang tuduh adik Haira provoke anjing. Dia cicak pun takut, tengok ulat gonggok pun lari.”

Menurutnya, Nur Haira merupakan kanak-kanak kecil yang sememangnya takut terhadap haiwan dan tidak wajar dipersalahkan atas kejadian yang menimpanya.

“Dari Sumber Yang Dipercayai..” – NGO Haiwan Liar Dakwa Pemilik Anjing Yang Mengigit Adik Haira Adalah Datuknya Sendiri

Terdahulu, Nur Haira dilaporkan parah selepas diserang lima ekor anjing liar di halaman rumah di Kampung Tambak, Sungai Kelambu, Peserai, Batu Pahat pada 5 September lalu.

Kanak-kanak itu kemudian menjalani pembedahan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Kenapa Perlu Wujud Naratif Salahkan Keluarga Mangsa” – Pak Cik Saudara Adik Haira Bersuara Mengenai Dakwaan NGO Pencintan Haiwan2026-09-10 09:23:48

"Dari Sumber Yang Dipercayai.." - NGO Haiwan Liar Dakwa Pemilik Anjing Yang Mengigit Adik Haira Adalah Datuknya Sendiri

The post “Kenapa Perlu Wujud Naratif Salahkan Keluarga Mangsa” – Pak Cik Saudara Adik Haira Bersuara Mengenai Dakwaan NGO Pencintan Haiwan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved