“Kenapa Sampai Macam Tu Jadinya..” – Hael Husaini Didakwa Kini Dilihat Terlalu Feminin, Peminat Rindu Imej ‘Manly’

EntertainmentLifestyle
28 Sep 2025 • 9:20 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini di laman Threads, tular satu hantaran memaparkan tangkap layar foto penyanyi terkenal, Hael Husaini sedang melakukan persembahan di Pavillin Kuala Lumpur.

Imej terbaru Hael Husaini curi perhatian

Namun begitu, perkara yang membuatkan hantaran tersebut menjadi bualan warganet susulan ramai yang mempersoalkan imej terkini penyanyi terbabit yang kelihatan sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini.

 

View on Threads

 

Dapat dilihat dalam foto yang dimuat naik, kelihatan Hael kini sudah mewarnakan rambutnya seakan-akan coklat terang dan memakai baju berwarna merah.

image is not available

image is not available

Peminat rindu penampilan ‘manly’

Terdapat beberapa netizen merasakan imej terkini Hael kelihatan lebih feminin, malah solekan yang dibuat juga lebih tebal berbanding dahulu.

Susulan itu, peminat meluahkan rasa rindu mahu melihat Hael kembali dengan imej ‘manly’ seperti zaman lagu Jampi dinyanyikan kerana mereka merasakan imej tersebut lebih sesuai dengannya.

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, ada juga peminat yang merasakan tidak salah untuk penyanyi berkenaan bergaya demi kelihatan ‘presentable’ tetapi tidak perlu memakai solekan yang tebal dan kelihatan ‘jambu’.

image is not available 2025-01-21 09:32:47

"Mesti Depa Ingat Artis Korea.." - Ketibaan Hael Husaini Di Karpet Merah Milan Fashion Week Jadi Tumpuan