
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Umum mengetahui, semasa membuat tempahan rumah inap (homestay), tetamu biasanya diminta untuk membayar sejumlah wang sebagai deposit keselamatan. Tujuannya bagi melindungi pihak hos sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan barang.
Jika rumah dalam keadaan baik selepas tetamu daftar keluar (check-out), deposit tersebut akan dipulangkan sepenuhnya dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Namun ada juga kes di mana, tetamu dituduh merosakkan harta benda hingga perlu membayar ganti rugi.
Baca Artikel Berkaitan: “Mahalnya!” – Ramai Persoal Sewa Rumah Harga RM750 Tapi Saiz Macam Stor
Baca Artikel Berkaitan: Harga Deposit Sewa Rumah Tak Masuk Masuk Akal? Fahami Hak Anda
Baca Artikel Berkaitan: Owner Homestay Caj RM30 Sebab Tuala Kotor, Tetamu Minta Beri Tuala Kepadanya
Tetamu Bengang Dituduh Pecahkan Pasu Bunga Di Rumah Inap
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Hazwani berkongsi pengalamannya hampir didenda sebanyak RM100 selepas menginap di sebuah rumah sewa.
Menerusi tangkap layar dikongsi, pihak pengurusan penginapan tersebut mendakwa bahawa sebuah pasu bunga yang terletak di dalam rumah telah pecah selepas Hazwani sekeluarga daftar keluar daripada situ.
“Hai, boleh saya tahu apa yang berlaku? Sebab pihak pembersih kami telah memeriksa unit sebelum daftar masuk dan selepas daftar keluar, dan kami dapati barangan itu telah rosak. Oleh sebab itu, kami perlu menuntut bayaran sebanyak RM100 untuk menggantikannya,” kata pihak pengurusan.

Tetamu Kongsi Rakaman Bukti Pasu Tak Pecah Ketika Berada Di Rumah Inap
Sejurus selepas itu, Hazwani menjelaskan bahawa keluarganya tidak terlibat dan dia juga tidak mengetahui tentang insiden pasu pecah.
Bagaimanapun pihak pengurusan rumah sewa itu tetap bertegas dengan pendirian mereka dan mahu berunding untuk mengurangkan jumlah kompaun kepada RM50.
Tidak berpuas hati dengan dakwaan berkenaan, Hazwani berkongsi beberapa klip video tour rumah bagi membuktikan bahawa pasu yang pecah itu bukan disebabkan mereka.
“Awak nampak ke kesan pecah? Mak saya ambil video ni lepas sampai (rumah sewa). Anak perempuan saya umur tiga tahun, dia tak boleh nak capai pun,” katanya.
Pihak Pengurusan Rumah Inap Tarik Balik Dakwaan
Menyedari tiada sebarang kerosakan menerusi video terbabit, pihak pengurusan rumah inap akur dan kemudiannya menarik semula dakwaan itu. Deposit juga akan dipulangkan kepada tetamu dalam masa terdekat.
Mujur si ibu menyimpan bukti rakaman, kalau tidak mungkin RM100 melayang begitu sahaja.
Dalam pada itu, Hazwani juga menasihati orang ramai agar merakam setiap sudut rumah apabila menginap di mana-mana bagi mengelakkan kes sebegitu berlaku.
“Siapa sejenis yang suka berjalan dan menginap di rumah sewa atau pangsapuri servis, pastikan rakam setiap sudut (kediaman). Suka-suka je nak cakap kita pecahkan pasu dia. Nasib baik la ibu mentua suka ambil video satu rumah,” tambah wanita itu.
Ramai Kongsi Pernah Berdepan Isu Sama Ketika Duduk Di Rumah Inap
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman lebih kurang sama yang dilalui mereka semasa tinggal di rumah inap sebelum ini.
“Saya pula kan, memang dah rakam semua sebelum masuk rumah inap. Tapi silapnya tak rakam satu sudut tepi sofa. Masa tukang cuci datang dia tuduh meja di tepi sofa rosak dan kami sorokkan di sebalik langsir. Padahal seingat saya tepi sofa tak ada meja,” kongsi seorang wanita.
Malah ramai juga mendakwa bahawa ia merupakan taktik yang selalu dilakukan bagi mengaut deposit daripada tetamu rumah inap.
“Macam nak scam je. Bunga pasu bunga macam tu tak kan sampai RM100, melampau,” kata seorang pengguna Threads.
Sementara itu, segelintir netizen turut mempersoal sikap pihak pengurusan yang langsung tidak memohon maaf atas dakwaan tersebut.







Apa Perlu Buat Untuk Elak Kehilangan Deposit Ketika Menginap Di Homestay?
Ada segelintir individu yang sudah kerugian ratusan ringgit selepas menginap di sesebuah homestay. Alasannya? Hos mendakwa tetamu telah merosakkan harta benda sedangkan perkara itu sebenarnya tidak pernah berlaku.

Berikut kami kongsikan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh tetamu agar deposit keselamatan tidak akan dipertikai pihak pengurusan rumah inap:
- Semak terma dan syarat ditetapkan tuan rumah sebelum melakukan tempahan
- Periksa keadaan setiap kelengkapan tersedia ketika tiba dan check-out dari rumah inap
- Pastikan rumah dalam keadaan berish dan kemas seperti waktu anda sampai di sana
- Simpan semua perbualan, resit bayaran dan mesej bersama hos sebagai bukti
- Patuhi semua peraturan ditetapkan oleh pemilik kediaman
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Geng Motor Dipuji Jaga Kebersihan H
Source:
