“Kenapa Semua Orang Tanya Pasal ‘Brownies’ Ni?” – Teringin Lihat Syafiq & Mimi Kembali Bersama, Peminat Tak Henti Sakat Di ‘Live’

EntertainmentMusic
22 Nov 2023 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Mimi Lana baru-baru ini telah membuat live di TikToknya sempena hari lahirnya yang ke 28 bagi meraikannya bersama para peminatnya. Dari live tersebut lah ramai warganet turut mengambil kesempatan untuk bertanya tentang hubungannya bersama pelakon lelaki terkenal, Syafiq Kyle.

Dalam siaran langsung tersebut, Mimi ada memberitahu bahawa biasanya dia akan meraikan hari lahirnya bersama kawan-kawan tapi pada malam itu, dia ingin meluangkan masa dengan peminatnya pula. Tidak melepaskan peluang, penonton juga tak henti bertanyakan pelakon ini tentang Syafiq Kyle yang dikatakan bekas kekasihnya itu.

Kenapa semua orang tanya pasal brownies ni? Saya ada juga minta dekat orang tu, tapi dia kata dah sold out. Jadi masih tak berkesempatan lagi nak rasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

image is not available

2 days ago

Bahagia Keluar Bersama, Kisah Cinta Mimi Lana & Syafiq Kembali Berputik?