
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Sazzy Falak mendakwa dia masih belum menerima bayaran daripada syarikat yang sebelum ini menggunakan perkhidmatannya.
Sazzy memaklumkan sehingga kini dia tidak menerima sebarang maklum balas mengenai bayaran daripada syarikat berkenaan.
“Kenapa susah sangat nak bagi saya bayaran ni?” Katanya di Thread.
Tambah Sazzy, perkara itu merupakan pertama kali berlaku kepadanya sepanjang lebih dua dekad dalam industri.
”Sepanjang 26 tahun dalam industri, saya tidak pernah berhadapan bayaran lewat sebegini, saya harap anda tahu siapa anda,” kongsinya.- UTUSAN
The post Kenapa susah sangat nak bagi bayaran – Sazzy Falak appeared first on Utusan Malaysia.




