Penjawat awam direman disyaki rasuah RM30 juta kes bayaran cukai taksiran

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 5:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penjawat awam direman disyaki rasuah RM30 juta kes bayaran cukai taksiran

PUTRAJAYA: Seorang penjawat awam ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.

Perintah reman selama enam hari sehingga 26 Oktober ini terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi ketika bersembunyi di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan Pengarah Unit disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025 hingga 2026.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) ( A ) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

The post Penjawat awam direman disyaki rasuah RM30 juta kes bayaran cukai taksiran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved