“Kenapa tak bawa sekali?” – Anak Ditinggal Di Luar Dobi, Lelaki Ini Pesan Supaya Ibu ‘Alert’

Entertainment
13 Oct 2023 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam tular di TikTok, video yang dirakam oleh seorang lelaki menunjukkan situasi seorang ibu sedang sibuk membasuh pakaian di sebuah kedai dobi layan diri sementara anaknya ditinggalkan di luar dobi tersebut

@abgpopia

Menyesal tak sudah nanti sebabkan kealpaan kita. Harap jadi pedoman buat kita semua #abgpopiatokleha #popiatokleha

♬ Sedih Galau – Ercandra

Dapat dilihat dalam video tersebut, anak wanita itu ditinggalkan di dalam stroller berhampiran dengan kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai dobi. Lelaki ini berkata, kawasan di sekeliling dobi itu agak sunyi menyebabkan dia agak risau akan situasi tersebut.

Keadaan lantai di luar kedai dobi itu agak tinggi berbanding lantai kedai lain namun ada beberapa tanjakan disediakan untuk kerusi roda atau stroller melalui kawasan itu. Melihat keadaan itu, lelaki ini kesal kerana tanjakan-tanjakan itu tidak digunakan dengan sebaiknya.

Bimbang akan keselamatan anak wanita itu, dia mengambil keputusan untuk memerhatikan kanak-kanak itu dari dalam kereta sementara menunggu wanita tersebut selesai urusannya di dalam dobi.

Menyesal tak sudah nanti disebabkan kealpaan kita. Harap jadi pedoman buat kita semua – ABGPOPIA

Lelaki ini juga berpesan agar ibu sentiasa alert dan kejadian seperti ini dapat dijadikan pengajaran untuk orang lain.

Menyingkap di ruangan komen, rata-rata netizen kesal dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh ibu kanak-kanak tersebut.

image is not available image is not available

Bahayanya! Moga dijadikan pengajaran untuk orang lain juga.

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.