“Kenapa tak boleh cuti?” -PM Anwar pertahan Rafizi, sempat gurau nak bercuti juga

LocalPolitics
2 May 2025 • 5:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil pertahan Rafizi dengan membidas persoalan yang timbul mengenai ‘kehilangan’ Menteri Ekonomi, itu yang dikatakan sedang bercuti.

image is not available

PM Anwar pertahan Rafizi mahu bercuti

Memetik laporan dari Malaysia Gazette, Perdana Menteri dalam nada tenang namun tegas mempersoalkan logik sesetengah pihak yang seolah-olah tidak membenarkan Rafizi berehat.

“Ada ke punya soalan tak boleh cuti. Kenapa (Rafizi) tak boleh cuti?,” katanya selepas solat Jumaat.

image is not available

PM Anwar pertahan Rafizi, tak dedah beliau pun nak cuti

Walau bagaimanapun, Anwar enggan mendedahkan sebab sebenar Rafizi bercuti dan memilih untuk ‘kunci mulut’ apabila ditanya lebih lanjut oleh media.

Lebih menarik, Anwar turut berseloroh ingin bercuti panjang selepas urusan rasmi di pentas antarabangsa selesai.

“Saya pun nak cari beberapa hari cuti, saya nak lepaskan Summit (ASEAN).
Boleh tak saya cuti?” katanya sambil ketawa kecil.

image is not available

Terdahulu, timbul spekulasi kononnya Rafizi sedang bercuti panjang dan dikatakan telah meletakkan jawatan susulan beberapa kekalahan sekutunya dalam pemilihan cabang PKR baru-baru ini.

Keadaan itu mencetuskan tanda tanya mengenai kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden parti dan peranannya dalam kerajaan.

Sumber: Malaysia Gazette (Nizam Zain)