PM Anwar sebak dengar lagu ‘Solidariti Perjuangan’, mahu dipasang di semua kementerian

LocalPolitics
2 May 2025 • 8:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Lagu ‘Solidariti Perjuangan’ yang pertama kali diperdengarkan semasa sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil nyata mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau tersentuh dengan lirik dan semangat yang dibawakan lagu tersebut.

image is not available

Solidariti Perjuangan adaptasi dari Solidarity Forever

Memetik laporan dari Bernama, Lagu tersebut merupakan adaptasi daripada lagu asal ‘Solidarity Forever’ ciptaan Ralph Chaplin pada 1913, yang kini diolah dalam versi Bahasa Melayu oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

“Saya tidak mahu lagu ini dimainkan oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) saja, saya ingin lagu ini dipasang di setiap kementerian.

“Lagu ini menyentuh jiwa kita dan menyemarakkan semangat pekerja dan saya harap pekerja jalankan kerja dengan ikhlas,” kata Anwar dalam ucapannya.

image is not available

Solidariti Perjuangan diolah oleh Menteri Sumber Manusia

Persembahan koir lagu tersebut oleh pasukan KESUMA menerima tepukan gemuruh daripada lebih 10,000 hadirin daripada pelbagai sektor.

image is not available

Akan dimainkan sebagai simbol hargai pekerja

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut menggesa semua stesen TV dan radio memainkan lagu ini sebagai simbol penghargaan kepada para pekerja.

“Lagu ini bukan memartabatkan mana-mana kelab bola sepak tapi adalah lagu yang memartabatkan perjuangan pekerja,” katanya.

image is not available

Menurut kenyataan rasmi, lagu ini menyuntik semangat perpaduan dan kekuatan kepada para pekerja, dan Steven Sim dilaporkan mahu menterjemah semangat tersebut agar lebih dekat dengan budaya tempatan dan bahasa kebangsaan.

Sumber: Bernama