Kenapa Tak Boleh Minum Kopi 2-3 Kali Sehari? Ini Sebabnya [Video]

Health & FitnessLifestyle
22 May 2026 • 4:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Kenapa Tak Boleh Minum Kopi 2-3 Kali Sehari? Ini Sebabnya [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kopi bukan lagi dikategorikan sebagai minuman waktu petang atau sarapan pagi sahaja, tetapi kini sudah dilihat sebagai gaya hidup rakyat Malaysia. Ramai juga sebenarnya yang mengambil kopi berkali-kali dalam masa sehari.

Tak ada kafein, tak ‘function’ katanya.

Kenapa Bahaya Minum Kopi Banyak Kali Dalam Masa Sehari?

Baru-baru ini, seorang pakar diet (dietitian) dikenali sebagai Crystal menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya telah menegur orang ramai yang ‘terperangkap’ dengan tabiat minum kopi dua ke tiga kali sehari.

Jelasnya, tabiat tersebut adalah tidak normal dan pengambilan kopi hanya membantu meningkatkan kecergasan dalam tempoh masa yang pendek sahaja.

Kopi hanya dapat bantu sekejap sahaja. Ia adalah simulator sementara sahaja. Sebab lepas minum kopi, kamu akan rasa lebih banyak tenaga dan selepas itu kamu akan crash sebab tu korang perlukan kopi beberapa kali sehari.

Pakar diet, Crystal
Image from: Kenapa Tak Boleh Minum Kopi 2-3 Kali Sehari? Ini Sebabnya [Video]

Minum Kopi Tingkatkan Risiko Penyakit ‘Tiga Serangkai’, Gastrik & Pedih Ulu Hati

Malah menurut Crystal, kandungan kafein di dalam kopi akan menyebabkan masalah pencernaan dan membawa kepada masalah kesihatan seperti gastrik serta pedih ulu hati.

Dalam jangka masa panjang pula, pengambilan kopi terlampau kerap akan meningkatkan risiko seseorang mengalami penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis (diabetes), darah tinggi, dan kolestrol tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: Kajian Dedah Pengambilan Kafein Berlebihan Undang Bahaya Pada Kesihatan Jantung

Baca Artikel Berkaitan: Anda Penghidap Gastrik? Ini Makanan & Minuman Sesuai Diambil Ketika Iftar Serta Sahur

Baca Artikel Berkaitan: Sering Alami Gastrik? Ini 4 Tips Yang Anda Boleh Amalkan Ketika Puasa

Ambil Probiotik Untuk Pastikan Badan Dapat Serap Nutrien Sekaligus Tidak Letih

Sebagai alternatif, Crystal menasihati orang ramai untuk mengamalkan pengambilan probiotik bagi mengelakkan badan sentiasa rasa letih.

Hal ini kerana, sekiranya usus korang tidak sihat, badan tidak dapat menyerap nutrien daripada makanan yang diambil. Tambah Crystal, nutrien adalah penting untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan.

Disebabkan itu, pengambilan probiotik boleh membantu membaiki kesihatan usus dan memastikan badan dapat menyerap nutrien daripada makanan.

“Jadi kalau korang sejenis manusia yang perlu minum kopi 2-3 kali sehari, korang boleh cuba ambil probiotik,” ujarnya.

View Original Article