“Kenapa tak sedekah?” – Peniaga Bazar Buang Lebihan Air Yang Tak Terjual Cetus Perbalahan Netizen

Entertainment
18 Mar 2024 • 4:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perniagaan bukanlah satu pekerjaan yang menjanji keuntungan setiap masa. Ada ketika peniaga terpaksa menanggung kerugian kerana tidak mendapat sambutan pelanggan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan beberapa peniaga bazar membuang air balang yang tidak habis dijual ke dalam tong besar berwarna hitam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Studio Kayangan di TikTok, dapat dilihat begitu banyak sisa minuman yang dibuang.

Difahamkan, air minuman yang telah dikumpulkan itu akan disedut oleh lori Alam Flora untuk membersihkan sisa-sisa minuman terbabit.

Kenapa tak sedekah?

Namun, perkongsian video itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan tindakan peniaga yang memilih untuk membuang air lebihan itu berbanding disedekahkan kepada penduduk setempat.

Segelintir netizen menganggap ia merupakan satu pembaziran dan lebih baik minuman yang tidak terjual itu diagihkan ke masjid atau surau.

Bagaimanapun, sebahagian netizen tidak bersetuju dengan pandangan sebegitu kerana ia akan menambah kos lain seperti kos pembungkusan.

image is not available image is not available

Selain itu, seorang pengguna menyatakan ia bukanlah satu pembaziran tetapi sebagai langkah keselamatan makanan. Jika diberi lebihan minuman tersebut, ia berisiko dan boleh menyebabkan keracunan makanan.

image is not available image is not available

Dalam pada itu, netizen juga menyarankan peniaga untuk tidak menyediakan minuman terlalu banyak bagi mengelakkan pembaziran.

Sumber: X, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.