“Kenapa tak tolong?” – Budak 4 Tahun Lemas Dalam Kolam Renang, Abang Tiri Diberkas Polis

Entertainment
25 Sep 2023 • 12:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun maut selepas lemas di kolam renang sebuah apartmen di Bangi.

Menurut laporan Sinar Harian, abang tiri kepada mangsa yang berusia 26 diberkas pihak polis kerana dipercayai sedang leka dan tidak menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

image is not available

Video penuh klik di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek diberkas pada Ahad setelah penelitian dijalankan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang baru dapat diakses.

“Penelitian yang dijalankan berdasarkan CCTV tersebut mendapati ketika kejadian suspek yang merupakan abang tiri mangsa turut berada di lokasi kejadian.

Suspek dilihat sedang leka melakukan sesuatu sambil melihat sahaja mangsa yang sedang lemas tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Difahamkan, pihak polis menerima laporan berkenaan daripada pegawai perubatan Hospital Serdang selepas menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang, 14 September selepas mendapatkan rawatan dan kes awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut(SDR),” katanya lagi.

Tambahnya lagi, suspek yang berumur 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.