
JIKA dibandingkan, trend penghasilan lagu bertemakan Ramadan di negara ini tidaklah serancak lagu raya. Setiap kali menjelang Syawal, lebih ramai penyanyi dan komposer berlumba-lumba tampil dengan lagu raya.
Berbanding dengan Indonesia, misalnya, lagu bertemakan Ramadan lebih banyak dihasilkan dan sering menjadi latar promosi, seperti dalam iklan sepanjang bulan mulia itu.
Presiden Persatuan Komposer, Penulis Lirik dan Artis Nasyid Sabah (Kopan), Nazri Saidali, berkata sejak dahulu lagi, lagu raya menjadi tradisi di Malaysia dengan banyak lagu klasik rancak diputarkan setiap tahun.
Katanya, ini menjadi antara sebab mengapa lebih banyak lagu bertemakan sambutan Aidilfitri dihasilkan.




