“Kenapa tuduh saya?” – Dikecam Letak Ular Atas Sangkar Kucing, Aaron Aziz Beri Penjelasan

Entertainment
10 May 2023 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, nama pelakon tersohor Aaron Aziz sekali lagi terpalit kerana dakwaan tindakannya meletakkan seekor ular sawa diatas sangkar yang mempunyai beberapa ekor kucing di dalamnya.

Ia sekaligus membuatkan Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) terpanggil untuk membuat teguran kerana mereka sifatkan ia satu tindakan yang tidak sensitif terhadap haiwan.

Menurut mereka, perbuatan itu akan mengakibatkan kucing mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam melihat dan bau musuh berdekatan kerana ia adalah entiti mangsa dan pemangsa, lapor Sinar Harian.

“Tak ada siapa-siapa yang ada masa kat shooting tu backup saya ke?” – Aaron Aziz

Disebabkan kecaman dan teguran itu, tuan empunya badan tampil memberikan respon dengan menceritakan perihal sebenar yang berlaku.

Katanya, pemilik ular tersebut yang diarahkan untuk meletakkan haiwan reptilia tersebut di atas sangkar itu dan Aaron Aziz menegaskan bahawa dia hanya berdiri dan berdialog sahaja untuk sebuah penggambaran drama.

image is not available

Malah, tegasnya lagi pemilik kucing tersebut pun tidak berkata apa-apa mengenai hal ini.

Kenapa tuduh saya yang letak ular kat situ eh? Pemilik ular tu yang diarahkan untuk letak bukan saya. Saya hanya berdiri kat situ dan berdialog. Pemilik kucing itu pun tak cakap apa-apa. Jadi kenapa saya yang dicaci dan dimaki.”

Pelakon utama filem Ombak Rindu itu juga turut mempersoalkan pihak yang berada di set penggambaran tersebut yang tidak tampil membela dirinya.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati bahawa video live tersebut telahpun dipadamkan. Apapun, harap isu ini dah selesai dan diharap pihak-pihak tertentu dapat ambil perkara ini sebagai panduan masa pada akan datang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.