
KOTA KINABALU: Dua pemilik sebuah premis hiburan didenda berjumlah RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana mengendalikan premis tanpa lesen tahun lalu.
Koh Siew Ching, 44, dan Hee Kok Khiong, 39, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus melakukan kesalahan itu di Woozy, Jalan Lintas Plaza, di sini, pada 23 November 2024, jam 11.23 malam.
AdvertisementMereka didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen sah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 6(1) Ordinan Hiburan Awam 1958.
Pertuduhan di bawah Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam (PEO) 1958 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 11 Ordinan sama itu memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Koh dan Hee masing-masing diperintah membayar denda RM5,000 atau lima bulan penjara.
Pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa polis menyerbu premis berkenaan dalam Ops Pusat Hiburan dan mendapati ia beroperasi dengan muzik dimainkan serta pelanggan sedang berkaraoke.
AdvertisementHasil siasatan berdasarkan lesen yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mendapati premis terbabit melakukan kesalahan dengan melanggar syarat yang ditetapkan, khususnya larangan terhadap aktiviti karaoke.
Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan agar diberi peluang kerana ini kali pertama mereka terlibat dalam bidang tersebut. Advertisement Pihak pendakwaan bagaimanapun memohon hukuman pencegahan.


