Wanita ‘warisi’ MyKad kakak didenda RM4,000

15 Feb 2025 • 3:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang wanita tanpa dokumen pengenalan diri didenda RM4,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat kerana memiliki MyKad milik kakaknya yang telah meninggal dunia sebagai dokumen pengenalannya.

Elmina Lauril, 32, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus kerana memiliki kad pengenalan atas nama Aida Lauril dengan nombor siri 840817-12-5898 pada 10 Februari tahun ini, jam 4 petang, di Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.

AdvertisementKesalahan di bawah Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa JPN, Mohd Naser Mohd Nadzeri, memaklumkan mahkamah bahawa pada hari kejadian, Elmina datang ke jabatan itu untuk memohon penggantian kad pengenalan sebelum ditahan kerana memiliki MyKad Aida, yang bukan miliknya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Hasil pemeriksaan cap jari Elmina mendapati ia tidak sepadan dengan yang tertera pada kad pengenalan Aida, selain tiada rekod cap jarinya dalam sistem JPN.

Siasatan lanjut mendapati Elmina mendakwa MyKad itu milik kakaknya yang telah meninggal dunia pada 2023, tetapi kematiannya belum didaftarkan.

AdvertisementElmina juga mendakwa bahawa kakaknya memintanya supaya dia menggunakan kad pengenalan itu selepas kematiannya kerana Elmina tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Majistret turut memerintahkan Elmina dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara.