Kenderaan Ada Saman Tertunggak? Anda Mungkin Tidak Dibenarkan Ke Luar Negara – Anthony Loke

LocalCars
24 Jun 2026 • 4:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pemilik kenderaan yang masih mempunyai saman tertunggak atau kes mahkamah yang belum diselesaikan mungkin tidak lagi dibenarkan keluar atau masuk ke Malaysia menerusi jalan darat jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, menerusi pindaan tersebut, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pegawai JPJ dan polis akan diberi kuasa menghalang kenderaan Malaysia serta kenderaan asing daripada memasuki atau meninggalkan negara.

Advertisement

anthony loke

Wajib selesai saman sebelum ke luar negara

Peruntukan baharu di bawah Seksyen 119C akan memperluaskan penguatkuasaan sedia ada kepada kenderaan berdaftar Malaysia yang melakukan perjalanan rentas sempadan.

“Ia bertujuan memastikan pemilik kenderaan menyelesaikan semua saman tertunggak dan kes yang masih belum selesai sebelum melakukan perjalanan rentas sempadan.”

“Ini termasuk saman trafik, kes mahkamah dan pelbagai pelanggaran undang-undang pengangkutan jalan,” kata Anthony Loke ketika membentangkan Rang Undang-Undang (Pindaan) Akta Pengangkutan Jalan 2026 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

Menurut beliau, pindaan itu juga bertujuan membanteras penyalahgunaan kenderaan klon atau kenderaan curi, selain meningkatkan kadar pembayaran saman tertunggak.

s

Kadar maksimum kompaun naik kepada RM500

Dalam masa sama, kerajaan turut bercadang menaikkan kadar maksimum kompaun bagi kesalahan trafik daripada RM300 kepada RM500 di bawah Seksyen 120(1), berkuat kuasa mulai 1 Januari 2029.

Anthony berkata, tempoh sebelum pelaksanaan itu memberi ruang untuk meningkatkan kesedaran masyarakat serta menggalakkan disiplin pengguna jalan raya.

Antara kesalahan yang akan tertakluk kepada kadar kompaun baharu itu termasuk mempamerkan nombor pendaftaran secara tidak sah, menggunakan kenderaan tanpa lesen kenderaan motor yang sah serta memandu tanpa lesen memandu yang sah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anggota2026-06-24 09:05:07

Anggota Polis Wanita Hina Pelancong China 'Busuk' Kini Disiasat Tindakan Tatatertib

The post Kenderaan Ada Saman Tertunggak? Anda Mungkin Tidak Dibenarkan Ke Luar Negara – Anthony Loke first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved