Kes pemandu mabuk ragut nyawa? Loke tegaskan pendakwaan bawah kuasa Peguam Negara

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 10:17 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pertuduhan jenayah berat terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara selaku Pendakwa Raya seperti diperuntukkan dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Tertakluk kepada penilaian pihak Pendakwa Raya

Memetik laporan daripada Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan kes yang akan dituduh di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau mana-mana peruntukan lain yang berkaitan di bawah Kanun Keseksaan tertakluk kepada penilaian pihak Pendakwa Raya berdasarkan merit dan fakta kes.

Image from: Kes pemandu mabuk ragut nyawa? Loke tegaskan pendakwaan bawah kuasa Peguam Negara

Kerajaan sedang teliti cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987

Pada masa sama, beliau memaklumkan kerajaan sedang meneliti cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] bagi mewujudkan peruntukan khusus yang membolehkan mahkamah memerintahkan pesalah yang disabitkan atas kesalahan serius membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya atau waris yang sah.

“Oleh itu, terdapat keperluan dasar untuk menambah baik Akta 333 supaya kerangka keselamatan jalan raya negara bukan sahaja memberi penekanan kepada hukuman terhadap pesalah, tetapi turut menyediakan mekanisme pembelaan yang lebih jelas kepada mangsa dan waris.
“Cadangan ini bukan bertujuan untuk menggantikan tindakan sivil, tuntutan insurans atau apa-apa peruntukan undang-undang lain yang tersedia kepada mangsa atau waris, sebaliknya bertujuan mewujudkan punca kuasa khusus di bawah Akta 333 bagi membolehkan mahkamah, dalam prosiding jenayah jalan raya, memerintahkan pesalah membayar pampasan kepada mangsa atau waris yang sah,” katanya.

Image from: Kes pemandu mabuk ragut nyawa? Loke tegaskan pendakwaan bawah kuasa Peguam Negara

Menurut Loke, kementerian sentiasa menjalankan kajian secara berterusan bagi memastikan hukuman yang dikenakan setimpal dengan keseriusan kesalahan selain memberi kesan pencegahan yang berkesan.

“Cadangan pindaan Akta 333 bukan sahaja mengekalkan pendekatan tegas terhadap pesalah jalan raya, tetapi turut memperkenalkan mekanisme pembelaan yang lebih jelas kepada mangsa dan waris,” katanya.

Perkara tersebut dinyatakan beliau sewaktu menjawab pertanyaan lisan oleh Che Mohamad Zulkifly Jusoh di parlimen.

Sumber: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved