Kenderaan dinaiki pendatang tanpa izin terbabas ke parit, tiga cedera

15 Jun 2022 • 4:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 JUN: Tiga cedera termasuk dua wanita patah kaki apabila kereta dinaiki lima pendatang tanpa izin terbabas ke dalam parit ketika dikejar polis di Kunci Air Kuala Selangor, Jalan Kereta Api Lama awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi itu menyebabkan kesemua mereka berumur lingkungan 30-an yang berada di dalam kenderaan tersebut terpaksa memanjat bumbung kereta yang terjunam ke parit, sementara menunggu untuk diselamatkan.

Norazam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 5.19 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerahkan ke lokasi dan sebaik tiba, didapati sebuah kereta terbabas ke dalam parit akibat dikejar polis.

“Semua mangsa berjaya keluar dari kereta dan menunggu di atas bumbung kenderaan itu sementara menunggu ketibaan bomba.

“Kelima-lima individu itu kemudian diselamatkan dengan menggunakan ‘spineboard’ untuk naik ke atas dan didapati dua wanita mengalami patah kaki dan seorang lelaki cedera pada bahu,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum kesemua pendatang asing itu diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi rawatan dan tindakan susulan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved