PATI terbabas dalam parit dikejar polis

15 Jun 2022 • 1:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA SELANGOR - Tindakan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dari polis membawa padah selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam sebuah parit di Kunci Air Kuala Selangor, Jalan Kereta Api Lama di sini, awal pagi Rabu.

Difahamkan, seramai tiga lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta terbabit terpaksa naik ke atas bumbung kereta untuk menyelamatkan diri daripada ditenggelami air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama anggota dan pegawai dikerahkan sejurus menerima panggilan pada jam 5.19 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian anggota mendapati sebuah kereta terbabas ke dalam parit akibat dikejar oleh pihak polis.

"Mangsa telah keluar daripada kenderaan dan menunggu di atas bumbung kereta sebelum pihak bomba sampai," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

image is not available

Beliau berkata, pasukan penyelamat menggunakan pengusung 'spine board' dan memberi rawatan awal kepada semua PATI yang berusia dalam lingkungan 30-an terbabit.

Menurutnya, dua wanita berkenaan mengalami kecederaan patah kaki manakala seorang lelaki cedera di bahagian bahu akibat kemalangan tersebut.

Katanya, kesemua PATI berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved