Kenderaan Disondol Van Polis, Tapi Mangsa Yang Disaman

Entertainment
26 Aug 2022 • 7:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak puas hati kena saman, seorang wanita mempersoalkan pihak polis di Twitter miliknya berikutan dengan saman yang diterima oleh abangnya di KM 16, Jalan Jerantut-Temerluh pada Jun lalau.

Lapor Sinar Harian, perkongsian itu tular selepas dikongsikan di Twitter pada Khamis lepas sehingga raih lebih daripda 16,500 jumlah retweets.

Menurutnya, kedua-dua kenderaan itu mengalami kerosakan pada bahagian belakang (kenderaan Ford Ranger abangnya) dan belah hadapan (van polis/pelanggar), dia juga muat naik surat saman itu.

Dalam perkongsian itu, wanita ini ada muat naik rakaman dash cam untuk menunjukkan insiden ini kerana dia menyatakan alasan polis tersebut memberikan saman kepadanya kerana letak kenderaan dalam bahaya/halang.

 

Langgar kereta abang, tak boleh claim insurans, abang kena saman

Bagaimanapun, dia menyangkalnya dengan mendakwa abangnya tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan atau menghalang jalan sebaliknya ingin masuk simpang dan telah memberikan isyarat.

 

 

Menurutnya, ketika sampai di balai, pihak polis tersebut berkeras untuk mahu melihat rakaman dashcam itu sampai berlaku sedikit perbalahan yang diakhiri dengan arahan untuk cari peguam jika ingin ambil tindakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut akan dilakukan.

Lebih mengecewakan lagi, abangnya hanya boleh membuat tuntutan atas insurans sendiri kerana tidak boleh membuat tuntutan terhadap insurans polis.

Apa pun, kita tunggu kenyataan rasmi daripada pihak polis berkenaan hal ini dan tindakan susulan yang bakal dilakukan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.