Kenderaan penduduk terbenam dalam lubang benam

LocalCars
8 Jan 2025 • 4:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua buah kereta yang turut terbenam dalam lubang benam di Jalan Bendang Charuk, Changlun pada Selasa. Gambar ihsan pembaca

image is not available
Lubang yang berlaku didakwa akibat pemasangan paip.

KUBANG PASU - Beberapa buah kenderaan yang menggunakan jalan Bendang Cheruk, Changlun terbenam dalam lubang yang dikatakan terbentuk akibat pemasangan paip pada Selasa.

Berdasarkan komen di laman Facebook, penduduk mendakwa lubang terbabit berlaku akibat pemasangan paip oleh pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Bagaimana pun, SADA ketika dihubungi menjelaskan projek terbabit bukan di bawah kendalian mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, setakat ini tiada laporan polis berkaitan kemalangan jalan raya disebabkan kejadian terbabit.

“Bagaimana pun terdapat satu laporan am di Balai Polis Changlun berkaitan kerosakan kenderaan untuk merujuk kepada syarikat kontraktor pembinaan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved