‘Kento Nanami’ Bersiar-Siar Di Kuantan? Peminat Gembira Akhirnya Hajat Tercapai!

3 Jan 2024 • 2:36 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki mengenakan penampilan seperti watak ikonik dalam siri anime Jujutsu Kaisen iaitu Kento Nanami di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, @uchihzz memuat naik satu video memperlihatkan ‘Kento Nanami’ sedang bersiar-siar di sekitar Sungai Kuantan.

‘Kento Nanami’ bersiar-siar di Kuantan

Kehadiran lelaki itu telah menarik perhatian orang di sekeliling kerana watak Nanami disahkan sudah tiada pada musim kedua siri anime tersebut.

Dalam episod 18 musim kedua siri itu, Nanami sempat menyatakan hasratnya untuk bercuti di Malaysia khususnya di Kuantan sebelum meninggal dunia selepas berlawan dengan watak antagonis.

Kematian Nanami telah menyebabkan penonton siri itu sedih dan terkilan kerana watak berkenaan mempunyai peminat yang ramai.

Namun begitu, lelaki tersebut seolah-olah membawa hasrat Nanami apabila dilihat berjalan berhadapan dengan mercu tanda tulisan ‘Kuantan’.

image is not available

Lebih menyedihkan, video itu turut disertai dengan suara latar watak Nanami ketika dia menghampiri ajalnya sedang menyatakan hasratnya untuk ke Kuantan.

“Malaysia… Kuantan idea yang baik,” kata Nanami.

Menjengah ke ruangan komen, rupa-rupanya lelaki berkenaan merupakan seorang pemain cosplay dengan nama @keith9scos di laman Instagram.

@keith9scos meninggalkan komen menyatakan bahawa ‘Nanami’ yang kelihatan di Sungai Kuantan itu merupakan dirinya yang sedang memakai kostum watak terbabit.

image is not available

“Itu saya,” tulisnya di ruangan komen video @uchihzz.

Dalam pada itu, warganet turut meninggalkan komen menyatakan kegembiraan mereka kerana hajat Nanami untuk ke Kuantan akhirnya tercapai.

Nanami dah sampai Kuantan!

image is not available

Akhirnya Nanami sampai ke tempat impian…

image is not available

Nanami ke Kuantan…

image is not available

Akhirnya, ‘Kento Nanami’ bersiar-siar di Kuantan

image is not available

Meninjau ke Instagram milik Keith, dia telah dijemput untuk menghadiri sambutan tahun baharu di Menara 188, Kuantan sekali gus mengambil peluang untuk bersiar-siar di tepi sungai berkenaan.

Sekadar info, Nanami Kento merupakan salah satu daripada watak dalam siri anime Jujutsu Kaisen yang telah meninggal dunia dan meninggalkan kesan yang sangat dalam bagi peminat siri ini.

Sumber: TikTok @uchihzz, Instagram & Facebook Keith Wong