Kenyataan Gabungan Mana-mana Parti Bersama BN Adalah Tidak Benar – Zahid

Politics
21 Nov 2022 • 11:42 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kenyataan mana-mana gabungan yang memasukkan partinya bersama bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak benar.

Dalam masa yang sama, beliau turut memohon tempoh penyerahan surat akuan bersumpah kepada Agong dilanjutkan bagi membolehkan rundingan bersama gabungan lain diadakan.

“Kenyataan mana-mana gabungan yang memasukkan BN bersama mereka bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak benar.

“BN mohon tempoh penyerahan surat akuan bersumpah kepada Agong dilanjutkan bagi membolehkan rundingan bersama gabungan lain diadakan,” memetik katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur sebentar tadi.

image is not available

Namun dalam masa yang sama, Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan pendiriannya untuk tidak bekerjasama bersama Pakatan Harapan.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan. Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

“No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Bernama / Sinar Harian