Kenyataan Habis Belajar Hanya Sampai Tadika Jadi Perdebatan, Asa BABYMONSTER Jelas Perkara Sebenar

EntertainmentLifestyle
9 Jul 2025 • 11:33 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Kenyataan Asa baru-baru ini telah hangat menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.

Pada 6 Julai lalu, dua ahli BABYMONSTER iaitu Asa dan Ah-yeon telah muncul sebagai tetamu dalam program “Running Man”.

Sebelum permainan bermula, ahli sempat bertanya kepada Asa tentang asal usulnya dan juga di mana dia bersekolah. Mengejutkan, penyanyi berumur 19 tahun itu menyatakan bahawa dia menamatkan pendidikan hanya di peringkat tadika.

Sejurus selepas episod itu disiarkan, kenyataan Asa terus meraih perhatian, dengan ramai yang meluahkan kerisauan mengenai tahap pendidikannya.

image is not available

Sebagai respon, Asa sendiri telah mengeluarkan kenyataan dan menjelaskan tentang apa yang dia sebenarnya ingin maksudkan. Tulisnya menerusi laman Weverse,

Saya rasa sesetengah orang terkejut mendengar saya cakap saya hanya ada lulusan tadika dalam program itu. Saya mula berlatih dengan impian untuk jadi artis sejak sekolah rendah. Jadi, saya sentiasa berulang-alik antara sekolah dan latihan. Itulah sebabnya saya rasa satu-satunya masa yang saya betul-betul pergi sekolah adalah di tadika.

Saya ingin mengatakannya dengan cara yang kelakar, tetapi kerana saya tak bagitahu secara mendalam, saya rasa saya tidak menjelaskannya dengan baik.

Saya sedar sekali lagi bahawa saya masih belum berpengalaman dan perlu banyak belajar.

Oh macam tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.