
SIPITANG: MCA tidak sepatutnya membuat kenyataan dengan menggesa Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Zahid Hamidi berundur.
Ketua Pemuda Umno Sipitang yang juga Bendahari BN Negeri, Sani Miasin (gambar), berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Pengerusi BN Datuk Seri Bung Mokthar Radin bahawa MCA patut cermin diri sebelum membuat sebarang kenyataan tidak wajar.
