Kenyataan Sanusi: Sultan Selangor anggap perkara itu belum selesai

LocalPolitics
17 Jul 2023 • 6:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (gambar) bertitah perkara berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dianggap menghina Institusi Diraja Selangor, masih belum selesai.

Titah baginda itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Hantaran Facebook Selangor Royal Office itu turut menyebut Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Pertemuan secara berasingan itu membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah itu dalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina Institusi Diraja Selangor.

Sabtu lepas Muhammad Sanusi mengemukakan permohonan ampun kepada Sultan Sharafuddin berhubung kenyataan yang dianggap ramai umpama mempertikai kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar.

Sebelum itu Muhammad Sanusi dalam video ucapannya yang tular membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Susulan itu pelbagai pihak tampil membuat laporan polis mengenainya.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani menerusi kenyataan hari ini berkata Sultan Sharafuddin berkenan menzahirkan penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor yang bertindak membuat satu laporan polis pada 14 Julai lepas berkenaan isu itu.

“Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga amat berbesar hati di atas sokongan yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor serta semua pihak yang berkaitan,” katanya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved