Kenyataan Terbaru Penulis Surat Layang Zulfarhan Tidak Disenangi Netizen

28 Jul 2024 • 1:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Penulis surat layang kes pembunuhan arwah Zulfarhan iaitu Aiman Aufa memuat naik satu foto di media sosial yang menunjukkan kenangan ketika dia menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menerusi Instagram, antara foto-foto yang dimuat naik Aiman, ada satu foto menunjukkan wajah arwah Zulfarhan yang kelihatan gembira bersama rakan-rakannya.

Kalau korang tengok kapsyen yang ditulis Aiman pula, dia meluahkan rasa penghargaan buat UPNM kerana telah banyak mengajarnya dari segi ilmu pengetahun dan kehidupan.

image is not available

Bukan tu jer, dia juga dilihat tidak bersetuju dengan pendapat orang ramai yang mendakwa UPNM telah melahirkan pembunuh hanya disebabkan 6 pelaku yang berbuat demikian terhadap Zulfarhan ketika menuntut di sana.

Kalau betul UPNM lahirkan pembunuh, mana mungkin senior dan junior boleh lepak sama2 makan semeja. Jujur, sehingga kini saya masih berhubung rapat dan bekerja bersama dengan senior2 saya semasa di UPNM dahulu.

image is not available

image is not available

Walau bagaimanapun, netizen masih tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana merasakan pihak UPNM turut bersalah dalam kes pembunuhan Zulfarhan. 

Ada juga yang berkata universiti itu seakan-akan tidak mempedulikan arwah sewaktu dalam kesakitan serta lambat mengambil tindakan hingga menyebabkan kematian pelajar itu.

image is not available

Jap!