Kenyataan Tunku Mahkota Ismail Berhubung Isu Network School Di Forest City

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 12:29 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kenyataan Tunku Mahkota Ismail Berhubung Isu Network School Di Forest City

Kenyataan Tunku Mahkota Ismail Berhubung Isu Network School Di Forest City

Kerajaan Negeri Johor akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu melibatkan Network School di Forest City yang menjadi perhatian baru-baru ini.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, memaklumkan bahawa sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke Malaysia adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Baginda menjelaskan bahawa walaupun urusan kemasukan warga asing berada di bawah tanggungjawab KDN, Kerajaan Negeri Johor bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) tetap akan meneliti isu berkenaan secara menyeluruh.

Tunku Mahkota Ismail turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan.

"Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen atau permit operasi syarikat berkenaan di Johor," titah baginda.

Image from: Kenyataan Tunku Mahkota Ismail Berhubung Isu Network School Di Forest City

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved