Titah TMJ! Lesen Network School boleh dibatalkan jika langgar undang-undang

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 9:27 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Titah TMJ! Lesen Network School boleh dibatalkan jika langgar undang-undang

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah kerajaan Johor bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu melibatkan Network School di Forest City susulan dakwaan yang tular di media sosial.

Sebarang tindakan perlu dilakukan mengikut undang-undang

Menerusi titah baginda dalam satu kenyataan rasmi, Tunku Ismail menegaskan sebarang tindakan akan dibuat mengikut undang-undang sekiranya didapati wujud pelanggaran syarat lesen atau peraturan.

Baginda turut menjelaskan bahawa urusan berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Berhubung isu melibatkan Network School di Forest City baru-baru ini, sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Johor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menjalankan siasatan terperinci.

“Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen atau permit operasi syarikat berkenaan di Johor,” titah baginda .

Isu Network School di Forest City menjadi perhatian selepas timbul dakwaan bahawa program berkenaan disertai warga asing, termasuk individu yang didakwa memiliki kewarganegaraan Israel dan memasuki Malaysia menggunakan pasport negara kedua.

Susulan itu, kerajaan Johor menggesa siasatan menyeluruh dilakukan bagi meneliti identiti dan kewarganegaraan individu terbabit, termasuk dokumen perjalanan, penggunaan pasport kedua, jenis pas serta tujuan kemasukan mereka ke Malaysia.

Sumber: Facebook HRH Crown Prince Of Johor
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved