⁠Kenyataan Yang Dikeluarkan Oleh UMANY Tidak Mencerminkan Pendirian Rasmi Universiti Malaya – Naib Canselor UM

Entertainment
13 Sep 2025 • 8:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh dibincangkan di media sosial mengenai seorang calon STPM yang tidak ditawarkan tempat ke Universiti Malaya (UM) untuk kos Perakaunan meskipun calon tersebut telah mendapat 4.0 dalam peperiksaan STPM.

Susulan itu, pihak KPT telah tampil memberikan keterangan terperinci mengapa calon tersebut tidak layak untuk ditawarkan tempat di UM.

Walau bagaimanapun, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) pula telah menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam bagi jurusan ijazah, lapor Sinar Harian.

Perkara tersebut telah dicadangkan oleh presiden UMANY kerana menurut pihak mereka mendapati silibus STPM terbukti lebih mencabar dan telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Cadangan oleh persatuan UMANY itu telah mencetuskan pelbagai reaksi terutamanya rekasi negatif daripada warganet yang tidak bersetuju dengan usul berkenaan.

Universiti Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka pula telah menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh UMANY itu tidak mencerminkan pendirian rasmi Universiti Malaya.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

image is not available

Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman iaitu Naib Canselor Universiti Malaya telah menegaskan sedemikian dalam satu kenyataan media semalam.

Universiti Malaya sentiasa menjunjung tinggi kebebasan bersuara dalam kalangan warga kampus, selaras dengan semangat keterbukaan dan intelektualisme yang menjadi asas sesebuah institusi pengajian tinggi.

Namun demikian, kebebasan ini perlu diiringi dengan rasa tanggungjawab serta pertimbangan yang wajar terhadap sensitiviti dan implikasi kenyataan yang dibuat, terutamanya yang melibatkan dasar awam, ” tegas beliau.

Menurut beliau, sistem matrikulasi negara ini merupakan satu sistem pendidikan yang menyeluruh, yang telah terbukti berperanan dalam menyediakan akses kepada pendidikan tinggi kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang. Sistem ini juga adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negara ini dalam memastikan peluang pendidikan yang lebih saksama dan inklusif untuk semua.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.