Kepada Peminat Indie, Fourtwnty Bakal Gegar Pentas Kampung Budaya Sarawak

18 Sep 2024 • 12:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Fourtwnty Bawa ‘MY ACASA’ ke Bumi Kenyalang

Kepada Peminat Indie, Fourtwnty Bakal Gegar Pentas Kampung Budaya Sarawak. Kumpulan muzik indie terkenal Indonesia, Fourtwnty, bakal menggegarkan pentas Kuching dalam konsert “MY ACASA Borneo” pada 16 November 2024.

Konsert ini akan berlangsung di Sarawak Cultural Village, menjadikan Sarawak sebagai destinasi kedua dalam rangkaian jelajah konsert MYACASA mereka.

image is not available

Tiket Konsert Fourtwnty di Kuching Mula Dijual 20 September

Pengumuman ini telah dibuat melalui akaun Instagram rasmi kumpulan tersebut, fourtwentymusic, yang memaparkan poster konsert yang menampilkan ahli-ahli kumpulan. Poster itu juga mendedahkan bahawa dua artis tempatan, Charita Utami dan Zee Avi, akan turut membuat penampilan khas dalam konsert ini.

Peminat-peminat Fourtwnty di Sarawak dan kawasan sekitarnya kini boleh mula membuat persiapan untuk membeli tiket, kerana jualan tiket akan dibuka pada 20 September 2024.

Penganjur menggalakkan peminat untuk terus mengikuti perkembangan terkini untuk maklumat lanjut mengenai harga tiket dan cara pembelian.

Konsert ini dijangka akan menjadi satu peristiwa muzik yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat muzik indie di Borneo, menampilkan gabungan bakat antarabangsa dan tempatan di atas satu pentas yang sama.

Baca juga artikel menarik di bawah: