Green Day Bakal Adakan Konsert Sulung Di Malaysia, Peminat Mula Tak ‘Keruan’

23 Aug 2024 • 5:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kumpulan legenda punk rock, Green Day bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada tahun depan. 

‘Green Day Live in Kuala Lumpur’ dijadualkan menghiburkan peminat mereka di Stadium Hoki pada hari Selasa, 18 Februari 2025. 

Konsert pertama mereka di Malaysia ini merupakan persinggahan kedua yang diumumkan di Asia Tenggara selepas Jakarta.
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Green Day (@greenday)

Peminat 


Pengumuman konsert tersebut membuatkan peminat di Malaysia berasa teruja dan tidak sabar untuk menanti kehadiran mereka tahun depan. Antara komen yang ditinggalkan, 

“Akhirnya! Kami telah lama menunggu sejak tahun 90-an lagi.”

“Yahoo, Selepas 36 tahun, akhirnya Green Day datang juga ke Malaysia.”


“Tak sabarnya nak berebut tiket!”, komen dari netizen.

Kumpulan Green Day yang dianggotai Billie Joe Armstrong sebagai Vokalis, Mike Dirt (pemain guitar) dan Treé Cool (pemain drum) akan menyajikan lagu-lagu terkenal mereka kepada peminat. Antara lagu, 21 Guns, Wake Me Up When September Ends, Boulevard of Broken Dreams dan banyak lagi. 

Green Day adalah sebuah kumpulan rock Amerika yang ditubuhkan di Rodeo, California pada tahun 1987. Kumpulan ini telah menjual lebih daripada 75 juta rekod di seluruh dunia, termasuk lebih daripada 24 juta jualan album yang disahkan di Amerika Syarikat.

Jualan Tiket


Pemegang ahli Live Nation boleh mendapatkan tiket terlebih dahulu semasa pra-jualan eksklusif Live Nation pada hari Khamis, 26 September dari pukul 12 tengah hari hingga 11:59 malam. Untuk jualan tiket secara awam akan mula dijual pada Jumaat, 27 September bermula dari pukul 11 pagi. 

Bagi peminat yang memegang kad Mastercard, mereka berpeluang menikmati keistimewaan mendapatkan akses khas untuk tiket pra-jualan di Malaysia bermula Selasa, 24 September pukul 10 pagi hingga Khamis, 26 September pukul 10 pagi.


Sekadar info, kumpulan ini terpaksa membatalkan semua konsert jelajah mereka di Asia kerana wabak Covid-19.