Kepala air Sungai Pertak: Seorang ditemukan lemas, operasi pencarian tumpu empat sektor

10 Nov 2026 • 9:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang lelaki ditemukan lemas berhampiran Jambatan Pertak pagi ini, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi dia dihanyutkan dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak semalam. Tujuh lagi individu masih hilang.

Image from: Kepala air Sungai Pertak: Seorang ditemukan lemas, operasi pencarian tumpu empat sektor

Foto: Ihsan Bomba

Memetik laporan Bernama, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Asrul Riezal Asbar, berkata mangsa dikenal pasti sebagai V. Vijayan, seorang lelaki warga tempatan yang dihanyutkan arus di Lata Jebus.

Dalam kejadian kira-kira 5.55 petang semalam, lapan individu dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus. Mereka terdiri daripada empat warga India serta masing-masing seorang warga Malaysia, Yaman, Sri Lanka dan Nepal.

Asrul Riezal berkata, pasukan penyelamat turut membawa keluar 19 individu yang terkandas di kawasan berkenaan.

“Sebanyak 19 individu yang terkandas terdiri dari empat kumpulan di kawasan berkenaan, berjaya diselamatkan pada 12.16 tengah malam tadi,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pagi ini. Kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor bagi mengesan tujuh individu yang masih hilang.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved