Wanita OKU hilang ditemukan lemas

10 Nov 2026 • 5:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita OKU hilang ditemukan lemas
Seorang wanita OKU intelektual berusia 33 tahun dan tidak boleh bertutur ditemukan lemas di sungai. Foto hiasan

TAWAU - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) intelektual berusia 33 tahun dan tidak boleh bertutur ditemukan lemas di sungai berhampiran Taman Green, Jalan Sin Onn di sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, mayat wanita itu dijumpai tersangkut di tepi sungai oleh penduduk kampung pada 2 petang. 

"Berdasarkan maklumat, wanita itu disedari hilang oleh bapanya pada 12 tengah hari tadi dan pencarian awal dilakukan penduduk kampung.

"Bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan penemuan mayat itu daripada pihak polis pada 1.56 tengah hari dan tiba di lokasi pada 2.03 petang untuk membantu mengeluarkan mayat dari sungai,” katanya dalam kenyataan.

Wanita itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian manakala operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada 2.38 petang.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved