
RANAU: Tiga kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terperangkap di tengah sungai dalam kejadian ‘kepala air’ dekat sini petang Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PpgB Ridwan bin Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Kampung Puru-Puru, di sini.
“Panggilan diterima menerusi Laluan Balai pada jam 2.59 petang, kemudian sekumpulan 8 anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Farro Rynson Gusar dilengkapi sebuah jentera bomba dan sebuah van EMRS bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi terletak 2 kilometer dari stesen, kami mendapati terdapat tiga kanak-kanak terperangkap di tengah sungai ketika paras air tinggi.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Bomba menyelamatkan ketiga-tiga mangsa menggunakan tali,” katanya sebelum menambah, operasi ditamatkan pada jam 3.35 petang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

