Kepala Berlumuran Darah, Polis Terima Laporan Kejadian Kucing Di Bunuh Dengan Kejam

29 Nov 2024 • 12:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah di kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata kejadian dipercayai berlaku pada 17 November lepas di tangga kawasan kediaman itu, apabila pelajar yang menemukan kucing itu melaporkannya kepada pengawal keselamatan.

"Setakat ini dua keterangan telah dirakam dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan. Kes masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pada 17 November lepas, tular satu video di media sosial menunjukkan tiga ekor kucing berlumuran darah di bahagian kepala dipercayai telah dibunuh dengan kejam.


Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA