Kepengerusian ASEAN 2025: Tiga Strategi Malaysia Perkukuh Kerjasama Dan Komuniti Asia Tenggara

LocalPolitics
14 Feb 2025 • 2:32 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebagai pengerusi ASEAN 2025, Malaysia dilihat menggalas tanggungjawab penting dalam memastikan semua matlamat dan hasrat negara dikemudikan dengan baik dalam kalangan kumpulan serantau.

Untuk makluman pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar telah menggariskan tiga strategi utama untuk diterapkan oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang membawa tema Keterangkuman dan Kemampanan.

Kepengerusian ASEAN 2025, Malaysia laksana tiga strategi perkukuh kerjasama

image is not available

Menerusi laporan Sinar Harian, strategi tersebut termasuk memperkukuh rantaian nilai serantau dan kerjasama kawal selia untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan serta menggalakkan transformasi digital di rantau ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menekankan strategi memperkuat asas negara anggota yang mana setiap ahli ASEAN perlu memperkukuhkan asas ekonomi dan institusi mereka.

Langkah itu termasuk pembaharuan, penyusunan semula dan penyelarasan ekonomi untuk memastikan setiap negara berada dalam kedudukan yang kukuh dan stabil, seterusnya menyumbang kepada kekuatan keseluruhan ASEAN.

image is not available

Dalam pada itu, Anwar mahu memanfaatkan kekuatan masing-masing negara anggota dengan mengenal pasti kelebihan unik setiap ahli sekali gus membentuk kerjasama yang saling melengkapi.

Pendekatan tersebut akan membantu dalam merangka dan menjamin rantaian bekalan serantau yang lebih berdaya tahan serta mengukuhkan kaitan dengan ekonomi global.

Dengan strategi-strategi dinyatakan bersama komitmen dan tekad yang berterusan, ASEAN berpotensi menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang tahun 2030 sekali gus memperkukuh komuniti perkumpulan serta memastikan rantau ini terus berkembang maju menghadapi cabaran global.

Kepengerusian ASEAN 2025, Malaysia bawa tema Keterangkuman dan Kemampanan

image is not available

Sumber lain: Jabatan Penerangan Malaysia