Kepercayaan terhadap pendidik akan musnah begitu sahaja – Sarimah Ibrahim

26 Mar 2024 • 9:41 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim menegaskan jalin hubungan dengan remaja bawah umur adalah satu jenayah.

Menurut laporan Kosmo, aktres yang berusia 46 tahun itu beri pandangan tersebut susulan tindakan seorang guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang didakwa menjalin hubungan cinta bersama pelajar lelaki yang berusia 17 tahun, baru-baru ini.

Sarimah memberitahu perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku terutamanya melibatkan golongan profesion seperti pendidik.

Sarimah Ibrahim

image is not available

“Kepercayaan terhadap golongan pendidik akan musnah begitu sahaja.

“Mereka (guru) adalah orang dewasa yang sepatutnya bertanggungjawab dan matang apabila diberi kepercayaan untuk menjaga anak kita.

“Kalau golongan pendidik atau profesional sudah lakukan perkara sebegini, dengan siapa lagi kita harus percaya,” katanya.

Bukan itu sahaja, Sarimah turut menyeru kepada orang ramai untuk memandang berat isu ini demi menjaga masa depan generasi akan datang.

Sarimah Ibrahim

image is not available

“Orang ramai tak boleh anggap kes sebegini sebagai remeh sebab ini bukan cerita drama atau telenovela sebaliknya ini realiti yang negatif.

“Kanak-kanak tidak sepatutnya membesar dalam keadaan trauma seperti masalah kesihatan mental atau fizikal selain memberi impak negatif terhadap masa depan mereka,” ujarnya.

Sarimah yang juga jurucakap Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Empati Malaysia berpendapat remaja bawah umur yang menjalin hubungan cinta tidak seharusnya dipersalahkan kerana golongan itu belum matang dalam membuat keputusan.

“Mereka yang sudah kahwin dan berkeluarga perlu bijak bezakan buruk atau baik, mereka terfikir atau tidak kalau perkara sebegitu berlaku pada anak sendiri.

“Justeru, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengawasi anak-anak dan jangan mudah memberi kepercayaan kepada mana-mana individu yang menjaga anak mereka,” jelasnya.

image is not available

Terdahulu, tular di laman sosial apabila seorang guru yang sudah mempunyai lima orang anak didakwa menjalin hubungan bersama pelajarnya.

Difahamkan juga, keluarga mangsa telah membuat laporan polis dan kes terbabit sedang dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Terhadap Kanak-kanak yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan.

image is not available

Sumber: Kosmo (Nur Emira Saizali)