Guru SMK Ada Suami & 5 Anak Kantoi Jalin Hubungan Dengan Pelajar Berusia 17 Tahun

23 Mar 2024 • 10:34 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
cikgu

Viral di platform X menunjukkan seorang guru wanita SMK bercinta dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun walaupun sudah mempunyai suami dan 5 orang anak.

image is not available

Perkara tersebut dikongsikan oleh kakak kepada pelajar itu, Bellinda selepas keluarganya menentang hubungan istimewa tersebut demi masa depan adiknya yang akan menduduki SPM tahun ini.

image is not available

Walaupun sudah membuat laporan Polis dan aduan kepada PPD, guru tersebut tetap mendekati pelajar lelaki itu meskipun sudah dipindahkan ke sekolah lain.

image is not available

Bellinda juga ada kongsikan perbualan di WhatsApp antara adiknya dengan cikgu 5 anak itu dan mengakui bahawa adiknya juga bersalah kerana melayan.

image is not available

Selain itu, adik Bellinda telah dijemput secara diam-diam oleh cikgu tersebut lalu dibawa duduk berdua-duaan di tepi pantai.

image is not available

Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak walaupun nampak macam tak masuk akal apabila cikgu yang sudah ada suami dan anak sanggup bercinta dengan anak murid sendiri.

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media