Kepingan Duit RM50 Dengan Visual Agong Tersenyum Didakwa Palsu?

1 Aug 2024 • 5:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang pengguna Facebook memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap not RM50 yang didakwa sebagai not palsu.

Tersenyum

Menerusi hantaran di Facebook, individu tersebut mendakwa wang palsu berkenaan memperlihatkan visual Agong dalam keadaan tersenyum.

“Jangan terima duit dengan visual Agong tersenyum. Ia merupakan not palsu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen turut memberi respons terhadap perkongsian berkenaan.
 
“Saya tak tahu kenapa, melihat Agong tersenyum membuatkan saya mahu tersenyum juga,” katanya.


Dalam masa sama, ada juga dalam pengguna Facebook yang mendakwa kepingan not tersebut merupakan not asli.

“Netizen lain ada mendakwa not ini asli, memandangkan tidak mungkin kepingan wang palsu memiliki kesalahan yang terang-terangan ini,” katanya.

Sumber: Facebook dan WeirdKaya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved