KePKAS perkasa usaha julang Kinabalu Geopark

26 May 2024 • 1:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KOTA MARUDU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) negeri Sabah perkasa pelbagai usaha bagi memastikan matlamat Kinabalu Unesco Global Geopark (KUGGp) dapat dikecapi.

Daerah Kota Belud, Ranau dan Kota Marudu telah diiktiraf sebagai tapak Unesco Global Geopark yang kemudiannya dinamakan sebagai Kinabalu Unesco Global Geopark (KUGGp) pada 24 Mei 2023 oleh Lembaga Eksekutif Unesco di Paris, Perancis.

Menteri KePKAS Datuk Christina Liew berkata, “Geopark Pemangkin Kelestarian” adalah aspirasi untuk mempromosikan kesedaran kelestarian alam semulajadi sebagai teras pembangunan ekonomi.