“Kepulangan yang dinanti” – MH370 Trending, Memperingati 9 Tahun Kehilangan Pesawat

8 Mar 2023 • 1:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

“Good night, Malaysian three-seven-zero.”

Itu adalah mesej terakhir yang diterima daripada kokpit pesawat MH370 pada jam 1.09 pagi sebelum ia dilaporkan hilang daripada radar dan gagal dihubungi tidak sampai sejam berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) 9 tahun lalu.

image is not available

Pesawat yang membawa 227 penumpang ini terdiri daripada 153 penumpang warga China dan 50 orang lagi warga Malaysia termasuk anak kapal seramai 12 orang. Penumpang selebihnya pula adalah dari 12 negara berbeza iaitu Indonesia, Australia, India, Perancis dan Amerika Syarikat.

Sejam selepas waktu ia sepatutnya mendarat di Beijing, China iaitu pada jam 6.30 pagi waktu tempatan, syarikat penerbangan Malaysia Airlines mengisytiharkan bahawa pesawat mereka telah hilang dan gagal dikesan.

image is not available

“9 tahun hilang, sampai sekarang masih misteri…”

Pelbagai usaha telah dilakukan dan pelbagai teori juga telah dinyatakan netizen mahupun golongan bijak pandai dalam bidang ini, namun sehingga kini masih tiada penjelasan yang kukuh tentang apa yang berlaku kepada MH370.

Bagi memperingati 9 tahun kehilangan pesawat ini, netizen di media sosial telah meluahkan rasa sedih dan ingatan mereka terhadap mangsa yang terlibat di Twitter dan menjadikan topik ini trending di platform berkenaan.

image is not available

Keluarga mangsa MH370 mahu pencarian diteruskan

Biarpun kejadian ini hampir sedekad berlalu, keluarga mangsa pesawat MH370 masih menaruh harapan agar usaha pencarian dapat diteruskan.

Menurut Kosmo, menerusi kenyataan yang dikeluarkan keluarga mangsa Kumpulan Voice370, mereka meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat beri sokongan kepada keluarga mangsa dengan menerima cadangan yang diutarakan Ocean Infinity, firma peneroka dasar laut.

image is not available

Kami tetap gembira dan usaha yang dilakukan oleh saintis, ahli teknologi, penyiasat, wartawan, media dan rakyat di seluruh dunia yang terus kekal terlibat serta memberikan pandangan untuk terus membantu mengekalkan usaha mencari MH370.

“Adalah menjadi harapan kami bahawa 2023 akan membawa kepada pencarian yang menandakan permulaan dan berakhirnya pencarian kehilangan MH370,” katanya.

Tambah mereka lagi, selagi kita masih berada dalam kegelapan dalam apa yang sebenarnya berlaku kepada MH370, kita masih tak dapat mengelakkan tragedi yang sama akan berulang.

Oleh itu, pihak keluarga mangsa percaya bahawa pencarian MH370 adalah perkara yang perlu dilakukan sehingga selesai.

Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa-mangsa MH370. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.