Keputusan Anthony Loke letak jawatan bukan terburu-buru, tegas pada prinsip: Teo

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 2:29 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Keputusan Anthony Loke letak jawatan bukan terburu-buru, tegas pada prinsip: Teo

KLUANG - Keputusan Anthony Loke meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan bukan dibuat secara terburu-buru sebaliknya berlandaskan pendirian yang telah dinyatakan sejak beberapa bulan lepas, kata Naib Pengerusi DAP, Teo Nie Ching.

Beliau berkata meskipun keputusan itu sukar diterima parti, ketegasan untuk berpegang pada prinsip mencerminkan komitmen Loke dalam mempertahankan pendirian parti berhubung isu berkenaan.

​"Melihat seorang pemimpin yang telah mencurahkan sepenuh jiwa raga mentransformasikan kementerian berundur demi mempertahankan prinsip adalah sesuatu yang sangat menyentuh hati.

​"Kita semua tahu berapa besar impak hasil kerja saudara Anthony Loke sepanjang menerajui Kementerian Pengangkutan," katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2026 di sini hari ini.

Pada 10 Nov, Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah bermula pada hari berkenaan.

​Bagaimanapun, Loke dan Ahli Parlimen DAP lain kekal menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.  

​Susulan perkembangan itu, Anwar pada Jumaat lepas menyatakan belum membuat sebarang keputusan berhubung peletakan jawatan Loke, meskipun sudah menerima surat rasmi daripada pemimpin DAP berkenaan.  - 15 November, 2026

The post Keputusan Anthony Loke letak jawatan bukan terburu-buru, tegas pada prinsip: Teo appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved